Wednesday 23 March 2011

Nyum nyum nyum...

Bismillahirrahmanirrahim....
Syukur alhamdulillah sbb hari ne kaki, tangan & deria2 cek masih lg berfungsi. Walau pun saiz badan still XXL & tak secantik era fazira, hati cek tetap gumbira. Abah cek kata, "walo pon badan adek macam tong ke, macam tiang ke, adek still anak manja abah & ibu". Huahahahahaha... So, sapa kata org badan besar x disayangi????
Adik2 cek yang masih kecik tu pon xdimanjakan sangat.... Sebab??? ibu cek kata bebudak zaman la ne xleh dimanjakan sangat, sat lagi depa naik lomak.... Betol2. cek amat sangat sungguh setuju dengan pandangan ibu cek... kalo kita baca kat kat surat habaq or majalah2, memang bebudak zaman skrg ne makin ganaih... Salah satu sebab, mak bapak terlalu manjakan depa.... Hmmmm nak manjakan sangat pon xleh, nak garang sangat pon xleh.... susah tol bebudak skrg neh....

Yang cek dok melalut ne pasai pa???? Sebenaqnya hari ne cek nak kongsi resepi yang direquestkan oleh sahabat serumah cek (miss kema kekema) masa kat u dolu.... Resipi sambal kerisik. Masa kat umah sewa dolu sambal ne selalu dimakan bersama daging rebus or daging bakaq. Makan plak ngan nasi daging... fuuhhh memang terangkat dowh....


Bahan-bahannya (utk 5 - 7 org):
1. 7 biji cili merah (yang besar tuh)
2. 10 biji cili padi (kalo suka pedas lg leh guna 15 biji)
3. 1cm x 2cm belacan
4. 3 sudu besar kerisik
5. 4 biji bawang besar (diricik halus)
6. 3 biji tomato (juga diricik halus)
7. Sebiji limau nipis
8. sedikit air untuk mengisar
Garam (1 sudu teh), gula (3 sudu besar) n pak aji (secubit) secukup rasa...

Methods(dah macam experiment la plak):
1.Kisar cili merah, cili padi, belacan n sedikit air hingga agak2 hancur.
2.Tambahkan kerisik, gula, garam n pak aji. Sambung kisar sampai sume bahan sebati.
3.Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk, tambah perahan limau nipis.
4.Tambahkan bawang n tomato yang telah diricik halus.
5.Kacau sebati n siap utk dimakan... (baca Bismillah sblum makan)

Kalo sedap alhamdulillah, kalo kureng sila modify sendiri... hohohohohoh....

Nantikan resepi seterusnya, cek nak g wat cucoq sat..... (*0*)

Monday 21 March 2011

Introduction

Bismillahirrahmanirrahim....
Segala puji bagi Allah yang bermurah hati memberi cek peluang utk sedut O2 free lg hari ne....  hohohohoho. Hari ne bila bangun pagi tetiba palotak cek terpikior nak wat blog neh.. Naluri cek bg signal kat palotak cek supaya wat satu blog utk manusia2 yang bersaiz sama ngan cek ne... Bukannya nak mencetuskan spekulasi murahan, cuma nak berkongsi perasaan.... Kepada sesiapa yang mempunyai saiz badan ala-ala saiz badan cek(XXL), ingatlah bahawa kita terlalu istimewa (chewah cam lirik lagu la plak). Jangan sesekali merendah diri sebab setiap kurniaan Allah itu ada hikmah tersendiri...terpulang kepada hambaNya untuk menerima hikmah itu dengan hati yang redha or sebaliknya...


TIPS KECANTIKAN HARI INI:
Cara2 melawakan muka, badan, hati dan iman dalam masa beberapa saat... (Insya Allah sangat mujarab)
1. Tengok cermin
2. Selawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak tiga kali
3. Senyum seikhlas hati
4. Berkatalah di dalam hati "Subhanallah sempurnanya ciptaanMu Ya Allah"

Jika kita mengamalkan petua ini setiap pagi dan malam Insya Allah kita bukan setakat makin shumel malah makin banyak saham akhirat yang kita kumpul. Wallahualam....

Tetiba perut mengeluarkan bunyi lagu dangdut.. adeeehhhh...